MERISIK
Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.
PARISAM
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisamParisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakal Udan Parisa adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.
Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan
dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa
pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan
diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu
dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu
barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbu dengan lebih
dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam
dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini
beberapa orang saudara-mara boleh
mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai
orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada
kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah
pengantin (pen paartal ), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah.
MAJLIS PERKAHWINAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin
perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami
selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin
lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.
Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan
dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda
menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi
dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada
mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan
diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan
di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan
diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali
daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta
sahabat handai. Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu
perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki
pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka
disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula
dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua
pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan,
Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan
disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan
tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang
diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan perkahwinan
tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya
perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para
tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran
dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.
No comments:
Post a Comment